Minggu, 29 Desember 2013

Norish Karman Mengadu Tikus di Restoran Ternama


PELAKON popular, Norish Karman atau NK baru-baru ini mengadu kepada kita sewaktu dia mengunjungi restoran ternama di pusat beli-belah The Curve, dia terkejut melihat tikus berlegar-legar di dalamnya.

Hendak jadi cerita, waktu itu dia menikmati makan tengah hari bersama anak-anak. Sedang dia leka menjamu selera, tiba-tiba datang pelanggan tidak diundang. Seekor tikus sedang merayap dalam restoran itu.

Sebaik melihat kelibat tikus, sebahagian pelanggan yang sedang makan terus melompat dan tidak kurang bertempiaran lari. NK juga tidak ketinggalan dan mengadu terus kembang tekaknya menyuap makanan selepas itu.

Kita sendiri seperti susah nak percaya apabila dia menyampaikan cerita itu kepada kita. Maklumlah, kalau kita nyatakan nama restoran itu pasti ramai tidak percaya kerana ia memang popular dan menjadi tumpuan ramai. Selalunya jika ada tikus dalam restoran bermakna ia tidak bersih.

Tanya kita pada NK, tidakkah dia mengadu kepada pengurus restoran. Katanya, apa yang membuatkan dia berasa kecewa sebaik diberitahu, pihak pengurusan restoran buat tidak tahu seperti tiada apa yang berlaku.

Kalau sudah begitu caranya, seharusnya mereka yang berada dalam restoran sewaktu kejadian berlaku, mengambil tindakan membuat aduan kepada pihak berkuasa agar pemeriksaan membabitkan tahap kebersihan restoran itu dapat dijalankan. Setahu kita, apabila kejadian sebegitu diberitahu dan didapati memang tahap kebersihan restoran itu rendah, ia akan diarahkan tutup.

Takut juga kerana bimbang nanti ada pula yang maut kerana penyakit kencing tikus gara-gara menikmati hidangan enak di restoran mewah itu. Sudahlah harga makanannya mahal. Minta dijauhkan. – myMetro Ahad

Tidak ada komentar:

Posting Komentar