Kamis, 26 Desember 2013

Empat Pemain Selangor Berpindah Ke JDT


Empat pemain pasukan bola sepak Selangor akan meninggalkan kelab tersebut dan bakal menyertai kelab yang dinaungi oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim iaitu Johor Darul Takzim (JDT).

Menurut sumber NST, pemain yang telah disahkan berpindah ialah penyerang prolifik Amri Yahyah, kapten pasukan Selangor, Asraruddin Putra Omar (pemain pertahanan kiri), Mahali Jasuli (pemain pertahanan kanan) dan Norazlan Razal yang bermain di posisi penjaga gol.

Pemain pertahanan, Nasriq Baharom dan Adib Aizuddin Latif, serta pemain sayap, K. Solihin bakal bersatu kembali dengan bekas jurulatih Selangor, Irfan Bakti dalam kelab Felda United.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar