Kamis, 13 Maret 2014

Video Pemilik Porsche dan Toyota Bergaduh di Russia

Angry Porsche Driver Attacks Vehicle

KEJADIAN samseng jalan raya bukan sahaja banyak berlaku di Malaysia rupanya, di Russia juga tidak kurang ganasnya.
Dalam sayu video yang penulis tonton di laman berita Yahoo, kejadian yang berlaku pada siang hari itu melibatkan seorang pemand MPV jenis Porsche dengan sebuah lagi MPV jenis Toyota.
Bagaimanapun tidak diketahui insiden apa yang berlaku sebelum itu yang menyebabkan lelaki yang memandu Porsche itu marah dan mengamuk.
Tindakan lelaki itu memberhentikan keretanya kemudian menumbuk dan menendang kereta Toyota itu telah mengundang kemarahan pemandu Toyota sehingga dia memandu dan terus merempuh belakang kereta Porsche berkenaan.
Emosi dan kemarahan manusia betul-betul teruji apabila memandu. Di Malaysia sahaja, beberapa kes samseng jalan raya adakalanya sehingga mengakibatkan kematian.
Sepatutnya dengan kereta yang ruang dalamanya selesa dan sistem penghawa dingin yang nyaman, eloklah para pemandu menikmati keselesaan dan fokus perhatian pada pemanduan anda.
Tidak ada guna kita melepaskan kemarahan di jalan raya kerana kelak ia akan menyusahkan diri anda sendiri jika terlibat dengan kes polis dan sebagainya kerana anda mungkin didakwa.
Sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang, banyakkan bersabar ketika memandu dan janganlah kurangkan pahala puasa dek kerana sedikit masalah di jalanraya. – Mynewshub
OLEH : IBNU K

Tidak ada komentar:

Posting Komentar