Tampilkan postingan dengan label kematian. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kematian. Tampilkan semua postingan

Minggu, 23 Februari 2014

Ratusan Orang Berpesta di England Rayakan Kematian Margaret Thatcher

Selasa, 09/04/2013 

Foto: AFP London,
Tak semua orang merasa kehilangan atas kematian mantan perdana menteri (PM) Inggeris Margaret Thatcher. Bahkan ratusan orang turun ke jalan-jalan di England untuk merayakan kematian  "Wanita Besi" itu. Mereka meluapkan kegembiraan atas kematian mantan pemimpin legendaris Inggeris itu.

Sekitar 200 orang berkumpul di jalanan di Brixton, daerah di selatan London yang mengalami kerusuhan parah pada tahun 1980-an silam. Mereka membawa sepanduk-sepanduk bertuliskan "Rejoice - Thatcher is dead".

Orang-orang bahkan minum-minum dan bersulang serta menari-nari mengikuti lagu-lagu hip-hop dan reggae yang diputar kuat.

"Saya sangat, sangat senang. Dia telah melakukan begitu banyak kerosakan bagi negeri ini," cetus seorang lelaki seperti dilansir kantor berita AFP, Selasa (9/4/2013).

Sejumlah warga bahkan membawa kertas bertuliskan "Ding dong, penyihir telah mati". "Kami di sini untuk merayakan kematiannya," kata seorang wanita berumur 50 tahun, Carole Roper.

Roper pun mencetuskan dirinya membenci kebijakan-kebijakan Thatcher. Bahkan menurutnya, mantan PM wanita pertama England itu tidak berbuat apapun untuk membantu rakyat miskin di negeri itu. Brixton merupakan tempat kejadian kerusuhan ganas pada tahun 1981, atau dua tahun setelah Lady Thatcher menjadi PM England.

Aksi serupa juga berlangsung di kota Glasgow. Lebih dari 300 orang berkumpul untuk berpesta" atas kematian Thatcher. Para aktivis antikapitalis berteriak-teriak, "Maggie, Maggie, Maggie" yang disambut dengan teriakan massa "mati, mati, mati". Massa pun menari-nari dan bernyanyi penuh sukacita.

Thatcher meninggal dunia dalam usia 87 tahun setelah mengalami stroke. PM wanita pertama Inggeris yang menjabat tahun 1979 itu mengubah politik Inggeris saat dia mulai berkuasa. Dia menjadi pemimpin Inggeris yang paling berpengaruh dalam masa modern di kancah internasional.  detikNews
Selengkapnya...

Kamis, 06 Februari 2014

37 000 rakyat Sgor terima bantuan khairat kematian

Harakahdaily

Mar242013
 
 
KUALA LUMPUR: Sejak mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada 2008, pelbagai insentif diperkenalkan Pakatan Rakyat bagi membantu rakyat di negeri itu termasuk memperkenal bantuan Khairat Kematian di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sejak skim itu diperkenalkan, seramai kira-kira 37,000 rakyat Selangor telah mendapat bantuan dan manfaat darinya.

Untuk Jumlah itu katanya, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak lebih RM80 juta.

“Setiap tahun kita peruntukan sebanyak RM26 juta bagi pemberian ini,” katnya yang dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Bantuan Khairat Kematian kepada 22 waris di Balai JKKK Bestari Jaya di sini semalam.

Menurut beliau lagi, biarpun berdepan pelbagai serangan dan tohmahan dari parti lawan yang cuba mengganggu perjalanan pertadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu, namun rakyat boleh menilai sendiri keupayaan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan mereka.

Malah katanya, pengurusan kewangan yang baik dan telus, telah memberikan peluang kepada rakyat untuk menikmati pelbagai insentif yang diperkenal kerajaan negeri.

“Walaupun kita keluarkan belanja tetapi ia tidak memberi kesan malah simpanan Kerajaan Negeri bertambah empat kali ganda.

“Ini membuktikan bahawa pemberian yang dilakukan dengan tidak menjejaskan kewangan negeri kalau kita menjaga dengan baik," katanya.

Bantuan khairat kematian diperkenalkan Kerajaan Negeri sejak 2008 dengan bantuan jumlah RM2,500 kepada pewaris si mati di mana bantuan RM1,000 didahulukan manakala selebihnya disampaikan kemudian.

Skim ini adalah terbuka kepada semua kaum dan agama dan bukan tertakluk kepada agama Islam sahaja.

Seorang penerima, Rasli Rusmin, 52, dari Bukit Badong berkata, pemberian itu adalah bagus dan ia wajar diteruskan Kerajaan Negeri untuk tahun-tahun akan datang.

“Ia meringankan beban keluarga yang kehilangan ahli keluarga,” katanya yang kematian bapa, Rusmin Sidek, 75, pada akhir tahun lalu.

V Parameswar, 48, dari Kundang yang kehilangan bapa, S Raju, 86, turut menyatakan Kerajaan Negeri membuktikan keprihatinan terhadap masalah rakyat terutama golongan kurang berkemampuan.

“Saya berterima kasih dengan bantuan ini dan ia memang satu tindakan wajar bagi membela nasib rakyat,” katanya.

Seorang lagi, Leong Wang Ping, 44, berkata, beliau begitu terharu dengan pemberian bantuan tersebut yang telah sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

“Saya juga rasa seronok kerana sebelum ini tiada bantuan semacam ini. Kalau boleh selepas ini banyak lagi bantuan dirancang untuk kebaikan semua,” katanya yang kematian bapa, Leong Kong You, 68, pada tahun lalu.
Selengkapnya...