Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Rabu, 13 Agustus 2014
Bercinta dengan gadis 13 tahun ayah 9 anak dipenjarakan
13 Nov 2013
Singapura - Seorang lelaki di Singapura dijatuhkan hukuman kerana bercinta dengan pelajar berusia 13 tahun. Lelaki yang juga ayah dari sembilan anak ini dihukum penjara 1 tahun 3 bulan oleh mahkamah setempat.
Dalam perbicaraan pada Selasa (12/11), Razman Surya Rahmad dinyatakan bersalah atas dakwaan berhubungan seks dengan anak di bawah umur. Lelaki berusia 39 tahun ini berkenalan dengan mangsa yang masih berstatus pelajar dari chatting di internet.
"Anda seharusnya lebih tahu. Bagaimana jika salah satu anak anda yang menjadi mangsa," ucap hakim Low Wee Ping ketika membacakan hukuman, seperti dilapor Straits Times, Rabu (13/11/2013).
Terungkap dalam perbicaraan, Razman bertemu dengan mangsa melalui chatting di internet pada 25 Desember 2009 lalu. Setelah berbual akrab melalui internet, mereka kemudian bertukar nombor telepon. Kepada mangsa, Razman berbohong dengan mengaku masih berusia 28 tahun.
Hubungan keduanya semakin intim dan Razman meminta untuk bertemu langsung dengan mangsa. Pada saat itu, dia sudah berniat untuk berhubungan seks dengan mangsa.
Razman yang bekerja sebagai juru teknik ini menjanjikan wang sebesar SG$ 50 kepada mangsa.
Menurut undang-undang yang berlaku di Singapura, membayar untuk berhubungan seks dengan seseorang yang berusia di bawah 18 tahun, merupakan pelanggaran hukum. Pelaku tindak kejahatan ini terancam hukuman maksimal 7 tahun penjara dan juga denda.

Minggu, 16 Maret 2014
Bapa Nikahkan Anak Perempuan Berumur 12 Tahun Untuk Elak Maksiat
KULIM – Seorang penduduk kampung bersetuju untuk mengahwinkan anak perempuannya berusia 12 tahun dengan pemuda 19 tahun, mengatakan bahawa mereka tidak perlu terjebak dengan perbuatan haram.
Saad Mustafa berkata dia telah berfikir masak-masak tentang perkahwinan anaknya yang masih muda itu dan sedar tanggungjawab dalam kehidupan selepas berkahwin.
“Lebih baik mereka berkahwin daripada melakukan sesuatu yang tak elok (tidak wajar),” katanya di rumahnya di Kampung Padang Cina di sini, Khamis.
Sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan anak perempuan Saad, Nur Fazira Saad, 12, telah berkahwin dengan Mohd Fahmi Alias, 19, minggu lalu selepas keluarga kedua-dua pihak bersetuju untuk menyatukan mereka.
Majlis akad nikah akad pasangan itu telah diadakan pada Sabtu selepas Nur Fazira mendapat kebenaran Mahkamah Syariah Kulim untuk berkahwin kerana dia masih di bawah umur.
Nur Fazira, yang akan memasuki umur 13 tahun bulan depan dan Mohd Fahmi telah mengenali antara satu sama lain untuk tempoh yang agak lama.
Saad, 43, berkata dia telah meminta Mohd Fahmi untuk berkahwin dengan anak perempuannya selepas dia anaknya tidak pulang satu malam bulan lepas.
“Keesokan harinya, saudara saya di kampung berhampiran memberitahu saya bahawa Fazira Nur tinggal di tempat Mohd Fahmi,” katanya.
Saad berkata anak perempuannya kemudian memberitahunya bahawa tidak ada apa-apa yang telah berlaku kerana dia telah menghabiskan harinya dengan Mohd Fahmi sebelum dia dihantar ke rumah saudara.
“Saya mengarahkan dia memanggil Mohd Fahmi. Apabila Mohd Fahmi datang ke rumah saya, dia memberitahu saya bahawa dia akan bertanggungjawab terhadap anak perempuan saya dan akan menjaganya.
“Saya kemudian menjawab jika demikian, mereka harus berkahwin,” katanya, sambil menambah dia berharap anaknya akan dijaga oleh suami dan keluarganya.
Akhbar harian itu memetik Mohd Fahmi sebagai berkata bahawa dia berjanji untuk menjadi suami yang baik untuk Nur Fazira.
“Lebih baik berkahwin dan bukannya terlibat dalam maksiat (hubungan haram). Saya bersetuju memang pelik berkahwin pada usia yang begitu muda,” katanya.
Nur Fazira, yang telah berhenti sekolah selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas, berkata dia tidak menganggap umur menjadi halangan, sambil menambah bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik.
Majlis bersanding pasangan itu akan diadakan di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, pada tengah hari Sabtu. – THE STAR
Rabu, 26 Februari 2014
Amah penggal anak majikan
myMetro
YANBU: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang memenggal kanak-kanak berusia empat tahun dengan pencincang dirujuk ke Hospital Sakit Jiwa Madinah, semalam.
Pakar jiwa di daerah ini membuat keputusan itu selepas memeriksa suspek.
Polis yang menahan suspek di rumah majikannya selepas menemui mayat kanak-kanak yang dikenali sebagai Tala, menghantar pembantu rumah berkenaan ke hospital selepas dia cuba membunuh diri dengan meminum peluntur.
Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan tetapi dikatakan masih trauma dengan pembunuhan anaknya. Dia pengsan selepas melihat mayat anak bongsunya dengan kepala terkulai di atas katil selepas pulang daripada mengajar.
Si ibu, guru yang mengajar di sebuah sekolah di Yanbu, Bandar Pelabuhan Laut Merah dalam wilayah Madinah di barat Arab Saudi, tidak sangka melihat anaknya kali terakhir sebelum meninggalkan rumah untuk mengajar pada hari kejadian. Dia dikatakan mempercayai pembantu rumah itu dan melayaninya dengan baik.
Amah dari Indonesia itu yang namanya tidak disiarkan media Arab Saudi sudah bekerja dengan keluarga berkenaan sejak tujuh tahun lalu dan dikatakan cekap dalam melakukan kerja rumah.
“Tingkah laku dan sikapnya amat memuaskan dan dipuji oleh sanak saudara, rakan serta jiran majikan. Dia sepatutnya pulang ke Indonesia minggu depan,” kata anak saudara mangsa.
Polis berkata,pembunuhan kanak-kanak itu terbongkar apabila ibu mangsa bersama anaknya yang lain. Bagaimanapun, mereka tidak dapat membuka pintu yang diselak dari dalam. Pembantu rumah itu enggan membuka pintu selepas diminta oleh majikannya, sebaliknya mengancam membunuh si anak yang di bawah jagaannya.
Ibu mangsa yang ketakutan menelefon suaminya. Si suami kemudian melaporkan kepada polis sebelum bergegas pulang.
Polis yang memecahkan pintu rumah berkenaan, menemui amah itu, duduk menonton televisyen. Tetapi anak sulung keluarga itu, Yara, meluru ke kamar tidur dan melihat mayat adiknya berlumuran darah dengan kepala terkulai.
Akhbar Al-Madinah memetik seorang anggota keluarga mangsa sebagai berkata, pembantu rumah itu kelihatan marah dan kecewa selepas menerima mesej menerusi sistem khidmat pesanan ringkas pada telefon bimbitnya, sehari sebelum kejadian. -
Selasa, 18 Februari 2014
Zarema Anak Orang Kaya Aidil Zafuan

Susulan daripada laporan Isnin lalu yang mendakwa pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan bakal bercerai dengan pelakon jelita Rita Rudaini dan seterusnya ingin berkahwin bersama seorang wanita yang dikenali sebgai Zarema Zainal, pemain bola sepak ini telah tampil kehadapan bagi menjelaskan segala spekulasi tersebut.
Menurut Aidil, dia sememangnya mengenali Zarema sejak bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lagi dan pada ketika itu abang Zarema merupakan pengurus pasukan untuk kumpulan tersebut.
Dalam pada itu, Aidil turut mengaku bahawa dirinya sememangnya rapat dengan seluruh ahli keluarga Zarema, akan tetapi nafi ingin berkahwin dengan wanita tersebut Julai ini.
“Saya mengaku mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbul cerita kononnya kami akan berkahwin tak lama lagi? Memang kami berkawan, tetapi tidaklah sampai ke tahap mengenali hati budi.
“Saya baik dengan Zarema disebabkan saya berkawan dengan abang dia. Tapi bukan Zarema seorang sahaja yang saya kenal, sebaliknya semua ahli keluarga yang lain. Saya mengaku pernah bertandang ke rumah keluarganya, tetapi tidaklah selalu seperti yang didakwa.”
Mengulas lebih lanjut mengenai Zarema, Aidil turut menafikan wanita tersebut sering memandu keretanya seperti yang didakwa oleh seorang pengirim email baru-baru ini.
“Saya tak faham kenapa pengirim itu mendakwa Zarema pandu kereta saya. Buat apalah dia nak pakai kereta saya sedangkan dia anak orang berada.
“Dia mampu miliki apa saja jenis kenderaan yang dia mahu, takkanlah sampai hendak pakai kereta saya,” ujar Aidil menerusi laporan akhbar Berita Harian hari ini. -Ohbulan
Kamis, 28 November 2013
Kenali Autisme Lewat Wajah Anak
Karakteristik wajah seseorang dapat digunakan sebagai petunjuk sebuah penyakit. Peneliti asal Universitas Missouri menemukan, ada perbedaan wajah anak yang memiliki autisme dan anak yang berkembang normal.

Kristina Aldridge, penulis utama dan asisten profesor anatomi di Universitas Missouri, menemukan ada rahasia di balik wajah cantik para anak autis. "Anak-anak dengan gangguan lain seperti sindrom Down dan sindrom alkohol janin memiliki fitur wajah yang sangat berbeda. Wajah anak autisme memang kurang mencolok, dan sulit membedakan mereka di antara kerumunan anak-anak. Tapi Anda bisa mengenalinya lewat perhitungan matematis," ungkapnya seperti dikutip MSNBC.Peneliti mengambil gambar tiga dimensi dari anak-anak dan menemukan anak-anak autis memiliki wajah bagian atas yang lebih luas dengan mata yang lebih lebar. Bagian tengah wajah lebih pendek, termasuk hidung, pipi dan mulut yang lebih lebar. Area philtrum -area di bawah hidung dan di atas bibir bagian atas juga lebih lebar.
Aldridge menganalisis 64 anak laki-laki dengan autisme dan 41 anak laki-laki normal yang sedang tumbuh dan berusia 8-12 tahun. Kesemua anak diambil gambarnya lewat prosedur tiga dimensi. Dia memetakan 17 titik di wajah, seperti sudut mata dan divot di bibir atas.
Semua geometri keseluruhan wajah dihitung lalu dibandingkan antara dua kelompok tersebut. Hasilnya menunjukkan ada perbedaan statistik pada anak-anak autis. Peneliti bahkan melihat perbedaan yang lebih jelas pada sekelompok kecil anak penderita autisme.
"Mereka menunjukkan perbedaan ciri-ciri klinis dan perilaku," katanya. "Hal itu memberitahu kita tentang beberapa penyebab autisme."
Aldridge mengatakan, gambar menunjukkan kaitan perkembangan selama masa embrio di pertengahan trimester pertama kehamilan ketika wajah mulai berkembang. Hal ini dapat membantu peneliti memahami lingkungan atau genetik selama perkembangan dalam rahim yang menyebabkan autisme.
"Temuan memberi penjelasan bahwa penyebab autisme kemungkinan terjadi sebelum kelahiran. Hal ini memungkinkan kita bertolak dari hipotesis secara langsung," katanya.(vivanews.com)
Selengkapnya...

Langganan:
Postingan (Atom)