Minggu, 02 Maret 2014
Adi Putra Nafi Nora Danish Punca Mahu Bercerai
“Pada hari itu nanti Hakim Syariah akan membuat keputusan sama ada kami akan bercerai ataupun perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Apa saja keputusannya, kami akan ikut. Kami amat menghargai segala doa dan usaha untuk menyelamatkan rumah tangga ini.”Sememangnya berita ini mengejutkan peminatnya berhubung berita dia memfailkan penceraian terhadap isterinya. Semuga masalah mereka dapat di atasi dan eloklah cara begini. Ada masalah pergi kaunseling dahulu untuk mencari jalan. Maklumlah masing-masing pernah atau masih sayang-menyayangi. Elakkan penceraian semungkin boleh.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera berkata, kunjungan mereka ke mahkamah adalah jalan terakhir untuk menangani kemelut rumah tangga yang sedang berlaku. Ketika ditanya adakah pelakon Nora Danish yang dikatakan memegang watak “panas” menerusi drama bersiri Ada Apa Dengan Dhia sebagai punca keretakan rumah tangga itu, Adi memberitahu tuduhan tersebut tidak benar.
“Saya tahu macam-macam orang buat spekulasi tetapi ingin saja jelaskan, bukan pihak ketiga yang menjadi masalah perkahwinan saya ini,” katanya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar